RPH

Sains  Tahun 3
Rancangan Pengajaran Haiwan

Pelajaran       : Sains ( Sifat-sifat fizikal yang boleh dilihat pada haiwan)
Tahun                       : 3H
Bilangan Pelajar     : 30 orang
Tarikh                      : 22 oktober 2012
Masa                         : 8.45 - 9.45pagi (1jam)
Tajuk                        : Haiwan
Hasil Pembelajaran: Pada akhir pembelajaran, pelajar dapat:
                                     i)   Mengenal pasti sifat fizikal haiwan.
                                     ii)  Menyenaraikan sifat fizikal haiwan.
                                     iii) rekod sifat fizikal haiwan dalam jadual.
                                     iv) menerangkan persamaan dan perbezaan antara haiwan    
                                          berasaskan jadual.
Aktiviti Pengajaran dan Pembelajaran:
                                i) Set induksi
                               ii) Aktiviti: Memerhati pelbagai gambar haiwan 
                                                  menyenaraikan sifat fizikal setiap haiwan
                                                  membentang dan  membina jadual berasaskan senarai  
                                                  sifat fizikal haiwan. 
                              iii) Penutup: Kesimpulan dan rumusan isi kandungan pelajaran.
Nilai                   : bekerjasama, patuh kepada arahan, memberi perhatian, kasih sayang
KBKK              : Menjana idea, menghuraikan, membanding dan membeza, mengelaskan,   
                              membuat kesimpulan.
Pengetahuan sedia ada: Murid-murid pernah mempelajari pelbagai jenis haiwan.





Langkah/
masa
Isi kandungan
(Kemahiran saintifik)
Aktiviti Pengajaran Pembelajaran
Catatan
Aktiviti guru
Aktiviti murid
Set induksi
( 3 minit)
Mengenal sifat-sifat fizikal pada sesuatu haiwan

(memerhati)
1.      Guru melekatkan lapan keratan  gambar haiwan di papan putih.
2.      Guru meminta beberapa orang murid mencantumkan gambar-gambar itu dengan betul.
3.      Setelah selesai guru menanya:
Soalan: Bolehkah bahagian-bahagian gambar itu mencantumkan dengan bahagian lain? Mengapa?
4.      Guru memperkenalkan tajuk pelajaran yang akan disampaikan.
1.      Murid meneliti keratan gambar haiwan di papan putih.
2.      Murid-murid mencantumkan gambar-gambar itu dengan betul.
3.      Murid menjawab soalan guru.
Bahan:
-Kad gambar
  haiwan


Nilai:
Memberi perhatian
Langkah 1
(8 minit)
Menyenaraikan sifat-sifat fizikal haiwan
1.      Guru menunjukkan gambar sifat-sifat fizikal haiwan kepada murid.
Soalan: Apakah ini?Nyatakan haiwan-haiwan yang mempunyai sifat fizikal ini.
2.      Guru meminta murid membaca sifat-sifat fizikal haiwan.
3.      Guru menanya soalan kepada murid.
Soalan:
Adakah semua haiwan mempunyai sifat-sifat fizikal yang sama?



1.      Murid menjawab soalan guru.
2.      Murid membaca sifat-sifat fizikal haiwan.
Bahan:
-gambar-
  gambar sifat
  fizikal  
  haiwan

Nilai:
Kasih sayang
Langkah 2
(13 minit)
Mengenal pasti sifat-sifat fizikal haiwan seperti paruh, cakar, bulu pelepah, bulu, tanduk, kaki, sisik, ekor dan sayap.

(memerhati)

(membanding dan membeza)
1.     Guru membahagikan murid   kepada 5  kumpulan.
2.      Guru memberi kad manila yang sudah dilengkapi dengan 3 jenis haiwan.
3.      Guru meminta murid menyenaraikan dan menulis sifat-sifat fizikal yang dapat dilihat pada setiap gambar haiwan di kad manila.
4.      Guru memantau setiap kumpulan.
5.      Guru meminta wakil kumpulan membentangkan hasil perbincangan secara bergilir-gilir.
6.      Selepas perbentangan guru bersama murid merumuskan bahawa setiap haiwan mempunyai sifat-sifat fizikal yang tersendiri.  
1.      Murid-murid duduk dalam kumpulan.
2.      Murid menyenaraikan dan menulis sifat-sifat fizikal yang dapat dilihat pada setiap gambar haiwan di kad manila.
3.      Wakil kumpulan membentangkan hasil perbincangan secara bergilir-gilir.
Bahan:
-Kad manila
-gambar-
  gambar
  haiwan


Nilai:
Bekerjasama
Langkah 3
(13 minit)
Haiwan boleh digelaskan mengikut sifat-sifat fizikalnya seperti paruh, cakar, bulu pelepah, bulu, tanduk, kaki, sisik, ekor dan sayap.

(mengelas)

1.      Guru melekatkan 6 jenis haiwan di papan putih.
2.      Guru berbincang dengan murid cara-cara yang boleh digunakan untuk mengelas haiwan.
 Soalan:  
Bagaimanakah kita   boleh menyusun  maklumat pengelasan ini  supaya ia kemas
dan mudah  difahami?
3.     Guru membimbing murid untuk melukis jadual di dalam buku latihan.
4.      Guru meminta murid mengelaskan 6 jenis haiwan dengan menggunakan jadual.
5.      Guru meminta murid memberikan jawapan dan guru menanda dalam jadual di papan putih.
6.      Guru meminta murid  membaca persamaan dan perbezaan antara haiwan berasaskan jadual.
1.      Murid meneliti gambar haiwan di papan putih.
2.      Murid melukis jadual di buku latihan.
3.      Murid mengelaskan 6 jenis haiwan dengan menggunakan jadual.
4.      Murid memberikan jawapan.
5.      Murid membaca persamaan dan perbezaan antara haiwan berasaskan jadual.
Bahan:
-6 jenis gambar haiwan

Lampiran A:
Contoh jadual

Nilai:
Patuh kepada arahan
Penutup
(3 minit)
(berkomunikasi)
1.     Guru meminta murid melengkapkan peta konsep dengan sifat-sifat fizikal haiwan.
1.      Murid menyebut sifat-sifat fizikal haiwan.
Lampiran B:
Contoh peta konsep
Refleksi
(7 minit)
Pendapat tentang topik pengajaran
1.     Guru menanya murid tentang pendapat mengenai topik pengajaran hari ini.
1.      Murid menyatakan pendapat tentang topik pengajaran hari ini.



date Sabtu, 22 September 2012
Dikuasakan oleh Blogger.