Haiwan Dan Cara Pergerakan
1. Haiwan bergerak untuk
- Mencari makan
- Melarikan diri daripada musuh
- Mencari pasangan untuk tujuan pembiakan
- Mencari habitat yang sesuai untuk hidup dan membiak
2. Terdapat pelbagai cara pergerakan haiwan.
Contoh Haiwan dan Cara Pergerakan
Cara pergerakan :
Merangkak
Penyesuaian :
|
Cara pergerakan :
Melompat
Penyesuaian :
|
Cara pergerakan :
Berlari pantas
Penyesuaian :
|
Cara pergerakan :
Memanjat
Penyesuaian :
|
Cara pergerakan :
Berjalan
Penyesuaian :
|
Cara pergerakan :
Menyusur
Penyesuaian :
|
Cara pergerakan :
Berenang
Penyesuaian :
|
Cara pergerakan :
Mengengsot
Penyesuaian :
|
Berkaki
1. Haiwan yang berlainan mempunyai bilangan kaki yang
berbeza.
2. Ada sesetengah haiwan yang tidak berkaki, misalnya ular,
kerang, siput, tiram, dan sebagainya. |
Sifat Fizikal
|
Contoh Haiwan
|
berkaki dua
|
ayam, itik, angsa, dan sebagainya.
|
berkaki empat
|
kuda, singa, gajah, penyu, buaya, dan sebagainya.
|
berkaki enam
|
lipas, mentadak, semut, kumbang, dan sebagainya.
|
berkaki lapan
|
labah-labah, kala jengking, tungau, dan sebagainya.
|
berkaki banyak
|
lipan, udang, ketam, dan sebagainya.
|
Haiwan yang berkaki
Haiwan yang tidak berkaki
Berkepak
Sifat Fizikal
|
Contoh Haiwan
|
berkepak dua
|
ayam, kelawar, burung, lalat, dan sebagainya.
|
berkepak empat
|
kumbang,rama-rama, lipas, pepatung, dan sebagainya.
|
Kumbang Lipas Rama-rama
Haiwan yang berkepak
Bercangkerang
1. Ada sesetengah haiwan yang badannya ditutupi
cangkerang. Contoh haiwan yang mempunyai
cangkerang adalah siput, kerang, tiram, kura-kura, dan
sebagainya.
2. Cangkerang yang keras melindungi badan haiwan yang lembut.
Haiwan yang bercangkerang
Bersisik
Sifat Fizikal
|
Contoh Haiwan
|
bersisik di seluruh badan
|
ikan, ular, biawak,dan sebagainya.
|
bersisik di kaki sahaja
|
angsa, ayam, itik, dan hampir semua jenis burung.
|
Ular Buaya Ikan
Haiwan yang bersisik
Berbulu
Sifat Fizikal
|
Contoh Haiwan
|
berbulu halus
|
anjing, lembu, arnab, beruang, dan sebagainya.
|
berbulu pelepah
|
angsa, ayam, itik, dan semua jenis burung.
|
Haiwan berbulu halus
itik ayam burung
Haiwan berbulu pelepah
Pengelasan Haiwan Berdasarkan Sifat Fizikalnya
Sifat Fizikal Haiwan 1. Terdapat pelbagai jenis haiwan di alam ini. Kita boleh mengelaskan haiwan mengikut sifat fizikalnya yang sama.
2. Sifat fizikal haiwan merujuk kepada sifat luaran yang dapat dilihat pada haiwan itu.
3. Sifat-sifat fizikal yang boleh dilihat pada haiwan ialah:
a) berbulu d) berbulu pelepah
b) bersisik e) bercangkerang
c) berkepak f) berkaki
Sains Tahun 3
Rancangan Pengajaran Haiwan
Pelajaran : Sains ( Sifat-sifat fizikal yang boleh dilihat pada haiwan)
Tahun : 3H
Bilangan Pelajar : 30 orang
Tarikh : 22 oktober 2012
Masa : 8.45 - 9.45pagi (1jam)
Tajuk : Haiwan
Hasil Pembelajaran: Pada akhir pembelajaran, pelajar dapat:
i) Mengenal pasti sifat fizikal haiwan.
ii) Menyenaraikan sifat fizikal haiwan.
iii) rekod sifat fizikal haiwan dalam jadual.
iv) menerangkan persamaan dan perbezaan antara haiwan
berasaskan jadual.
Aktiviti Pengajaran dan Pembelajaran:
i) Set induksi
ii) Aktiviti: Memerhati pelbagai gambar haiwan
menyenaraikan sifat fizikal setiap haiwan
membentang dan membina jadual berasaskan senarai
sifat fizikal haiwan.
iii) Penutup: Kesimpulan dan rumusan isi kandungan pelajaran.
Nilai : bekerjasama, patuh kepada arahan, memberi perhatian, kasih sayang
KBKK : Menjana idea, menghuraikan, membanding dan membeza, mengelaskan,
membuat kesimpulan.
Pengetahuan sedia ada: Murid-murid pernah mempelajari pelbagai jenis haiwan.
Langkah/
masa
|
Isi kandungan
(Kemahiran saintifik)
|
Aktiviti Pengajaran Pembelajaran
|
Catatan
| |
Aktiviti guru
|
Aktiviti murid
| |||
Set induksi
( 3 minit)
|
Mengenal sifat-sifat fizikal pada sesuatu haiwan
(memerhati)
|
1. Guru melekatkan lapan keratan gambar haiwan di papan putih.
2. Guru meminta beberapa orang murid mencantumkan gambar-gambar itu dengan betul.
3. Setelah selesai guru menanya:
Soalan: Bolehkah bahagian-bahagian gambar itu mencantumkan dengan bahagian lain? Mengapa?
4. Guru memperkenalkan tajuk pelajaran yang akan disampaikan.
|
1. Murid meneliti keratan gambar haiwan di papan putih.
2. Murid-murid mencantumkan gambar-gambar itu dengan betul.
3. Murid menjawab soalan guru.
|
Bahan:
-Kad gambar
haiwan
Nilai:
Memberi perhatian
|
Langkah 1
(8 minit)
|
Menyenaraikan sifat-sifat fizikal haiwan
|
1. Guru menunjukkan gambar sifat-sifat fizikal haiwan kepada murid.
Soalan: Apakah ini?Nyatakan haiwan-haiwan yang mempunyai sifat fizikal ini.
2. Guru meminta murid membaca sifat-sifat fizikal haiwan.
3. Guru menanya soalan kepada murid.
Soalan:
Adakah semua haiwan mempunyai sifat-sifat fizikal yang sama?
|
1. Murid menjawab soalan guru.
2. Murid membaca sifat-sifat fizikal haiwan.
|
Bahan:
-gambar-
gambar sifat
fizikal
haiwan
Nilai:
Kasih sayang
|
Langkah 2
(13 minit)
|
Mengenal pasti sifat-sifat fizikal haiwan seperti paruh, cakar, bulu pelepah, bulu, tanduk, kaki, sisik, ekor dan sayap.
(memerhati)
(membanding dan membeza)
|
1. Guru membahagikan murid kepada 5 kumpulan.
2. Guru memberi kad manila yang sudah dilengkapi dengan 3 jenis haiwan.
3. Guru meminta murid menyenaraikan dan menulis sifat-sifat fizikal yang dapat dilihat pada setiap gambar haiwan di kad manila.
4. Guru memantau setiap kumpulan.
5. Guru meminta wakil kumpulan membentangkan hasil perbincangan secara bergilir-gilir.
6. Selepas perbentangan guru bersama murid merumuskan bahawa setiap haiwan mempunyai sifat-sifat fizikal yang tersendiri.
|
1. Murid-murid duduk dalam kumpulan.
2. Murid menyenaraikan dan menulis sifat-sifat fizikal yang dapat dilihat pada setiap gambar haiwan di kad manila.
3. Wakil kumpulan membentangkan hasil perbincangan secara bergilir-gilir.
|
Bahan:
-Kad manila
-gambar-
gambar
haiwan
Nilai:
Bekerjasama
|
Langkah 3
(13 minit)
|
Haiwan boleh digelaskan mengikut sifat-sifat fizikalnya seperti paruh, cakar, bulu pelepah, bulu, tanduk, kaki, sisik, ekor dan sayap.
(mengelas)
|
1. Guru melekatkan 6 jenis haiwan di papan putih.
2. Guru berbincang dengan murid cara-cara yang boleh digunakan untuk mengelas haiwan.
Soalan:
Bagaimanakah kita boleh menyusun maklumat pengelasan ini supaya ia kemas dan mudah difahami?
3. Guru membimbing murid untuk melukis jadual di dalam buku latihan.
4. Guru meminta murid mengelaskan 6 jenis haiwan dengan menggunakan jadual.
5. Guru meminta murid memberikan jawapan dan guru menanda dalam jadual di papan putih.
6. Guru meminta murid membaca persamaan dan perbezaan antara haiwan berasaskan jadual.
|
1. Murid meneliti gambar haiwan di papan putih.
2. Murid melukis jadual di buku latihan.
3. Murid mengelaskan 6 jenis haiwan dengan menggunakan jadual.
4. Murid memberikan jawapan.
5. Murid membaca persamaan dan perbezaan antara haiwan berasaskan jadual.
|
Bahan:
-6 jenis gambar haiwan
Lampiran A:
Contoh jadual
Nilai:
Patuh kepada arahan
|
Penutup
(3 minit)
|
(berkomunikasi)
|
1. Guru meminta murid melengkapkan peta konsep dengan sifat-sifat fizikal haiwan.
|
1. Murid menyebut sifat-sifat fizikal haiwan.
|
Lampiran B:
Contoh peta konsep
|
Refleksi
(7 minit)
|
Pendapat tentang topik pengajaran
|
1. Guru menanya murid tentang pendapat mengenai topik pengajaran hari ini.
|
1. Murid menyatakan pendapat tentang topik pengajaran hari ini.
|
Dikuasakan oleh Blogger.